Dengan kapasiti sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri Terengganu, Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd telah diberi kepercayaan sebagai Ejen Pengurusan Ladang milik persendirian dan milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT). Kami bertindak menguruskan kerja-kerja pembukaan tanah, pemilihan biji benih, penanaman sehinggalah kepada pengeluaran hasil sebagaimana persetujuan bersama.