Atas saranan MPOB (Malaysian Palm Oil Board) untuk pengurusan sisa kelapa sawit, khususnya Palm Oil Mill Effluent (POME) yang lebih efisen serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GreenHouse Gases, GHG), Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. telah membangunkan Loji Janakuasa Biogas (penghasilan tenaga elektrik melalui biogas) melalui Perjanjian Pembelian Tenaga atau “Renewable Energy Power Purchase Agreement (REPPA)” dengan Tenaga Nasional Berhad, TNB selama 21 tahun. Projek ini bermula pada awal 2021 dan siap sepenuhnya pada Disember 2022 yang menelan belanja berjumlah RM 18juta dan telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Pembinaan janakuasa ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil, sekaligus membantu mencapai sasaran pengurangan karbon, kelestarian alam sekitar dan dapat meningkatkan tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy) kepada 31% menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035.